Wednesday, December 17, 2008

LangKAWI oH lANGkawi


Langkawi... oh langkawi... Ini lah mercutanda Langkawi... patung helang... nampak je patung burung helang ni yang terletak di dataran helang sume orang tahu ini adalah Langkawi... Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Alhamdulillah setelah aku berumur 31 tahun... sampai jugak aku ke Langkawi... sesudah 2 kali suami ku datang membawa pelajar-pelajarnya makan angin di Langkawi... kini giliran aku pulak...

Tapi ni tahun lepas punya program la... baru aku masukkan kat blog ni sbb tahun lepas aku tak aktif kan blog aku... Makan angin ke Langkawi ni adalah program opis aku... buat lawatan sambil menghabiskan duit... dan mmg habis betul duit...

Lawatan ini di adakan pada bulan 12 tahun 2007 (dah setahun dah berlalu). Masa tu aku tgh jadi mak buyung (peknen kan adik... skrg adik dah 7 bulan)... kalu tak silap aku masa tu aku tengah mengandung 4 atau 5 bulan... tapi semangat jugak nak pi sbb sebelum ni mmg belum pernah sampai....

Bila aku dengar je opis aku nak anjurkan satu lawatan ke Langkawi aku berani kan diri minta izin dengan suami (takut juga suami marah sbb tgh peknen)... alhamdulillah suami aku dengan hati terbuka bagi aku pi... terkejut jugak aku... berkali-kali aku tanya suami nak kompem kan balik... tak sangka plak suami aku begitu sporting orang nya....

Maka bermula lah perjalanan ku ke Langkawi... Langkawi... here i come... (hehehe)


8/12/2007...
Kami bertolak dari opis ke Perlis pada jam 8.30 mlm.


9/12/2007
Sampai di Perlis waktu subuh... singgah solat n sarapan ... Kemudian kami menuju ke pusat membeli belah di Wan Klian... banyak gerai disepanjang jalan... kami berjalan dari Malaysia hinggalah ke negara Thailand... wow!!... Wan Klian ni terletak di sempadan Thailand so gerainya mmg panjang dikiri kanan jalan sepanjang jalan.. mmg best betul mencuci mata... dan tengok kawan2 membeli belah...

(Gambar : di sempadan Malaysia-Thailand.)

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar plak... juga pusat membeli belah... mmg nak habiskan duit betul... kat sini aku beli mainan untuk anak ku... rindu betul ibu kat abang n baba time tu... ntah mcm mn la baba jaga abang... ibu risau kalu abang nangis cari ibu jer... tapi alhamdulillah baba cakap sume ok... Malam tu kami bermalam di UNIMAP..

10/12/2007
Bangun pagi tu kami terus ke Jeti Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi... sarapan di jeti dan tunggu masa naik feri. Sambil-sambil tu sempat jugak lah 'snap' sana 'snap' sini... amik gambar... Punya la ramai orang tunggu nak naik feri ke Langkawi... paling ramai budak-budak sekolah... maklumlah masa cuti sekolah banyak sekolah buat lawatan ke Langkawi.

Bergambar di luar Jeti Kuala Perlis Bergambar dalam feri menuju ke Langkawi

Alhamdulillah sampai gak ke Langkawi... pertama kali memijak kaki di tanah Langkawi yang tersohor... selama ni tgk dlm tv je lah... Ha tak percaya.. tgk gambar aku dengan pose yang menarik kat sebelah tu... hehe... amik gambar berlatar belakang kan mercu tanda Langkawi...

Sampai saja di Langkawi.. sebuah bas telah menunggu untuk membawa kami berjalan-jalan melawat sekitar Langkawi... wow best ni... Kami di bawa ke Makam Mahsuri Langkawi. Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .Ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi, sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Selepas itu kami dibawa ke tempat mebuat minyak gamat (Langkawi terkenal dengan tempat memproses gamat)... dan selepas itu menuju ke tempat kereta kabel plak..

Sebenarnya kecut gak perut aku nak naik kereta kabel ni... tapi bila dah ramai2 beranikan diri cekal kan hati.. lagi pulak rugi kalu tak naik... Antara yang naik sekali dengan aku dalam kereta kabel tu ialah Zana... kebetulan dia pun peknen jugak.. so apalagi.. kira 2 org la mak buyung dalam kereta kabel kami... Ada masa2 yang kereta kabel tu laju atau terhenjut2 terjerit2 kami sume.. rasa mcm luruh jantung sume... tp Alhamdulillah sume selamat...



Gambar-gambar yang diambil di dalam kereta kabel dan juga di tempat perhentian kabel.


Selepas itu kami menuju ke tempat penginapan untuk check-in... berehat hilangkan letih. Adusss... lenguh betul kaki ku ini tapi seronok... dapat jalan2... Ahh.. rindu plak pada abang dan baba kat rumah... sian abang kena tinggal ngan baba. Malam tu aku, Zana dan Kak Sida naik teksi menuju ke pekan untuk membeli belah... aktiviti bebas... Ahh... projek habiskan duit lagi...

11/12/2007
Bangun pagi tu bersiap-siap untuk pergi ke jeti... singgah sarapan dulu dan sempat lagi ke 'Idaman Suri' untuk habiskan duit lagi... Tgh hari tu kami menaiki feri untuk kembali ke jeti Kuala Perlis.... naikkan barang2 ke perut bas... dan bertolak pulang... Tapi yang best nya lagi... sempat lagi berhenti di Air Hitam untuk menghabiskan sisa duit yang ada.... hahaha.. So dalam jam 2 pagi kami sampai...


Baba n abang sudah sedia menuggu....

Itulah pengalamku ke Langkawi... letih tapi seronok....

1 comment:

AMI said...

Tu dia.... mak boyot bergambar. Betul la... paling takut naik kabel car tu... Kalau gi Langkawi, tak tau la aku ni berani nak naik kabel car tu lagi????