MAHligai KASih
Cerita tentang baba, ibu, abg irham, bang ngah dan adik arissa
Monday, November 8, 2010
KemBaLi beRaksi...
Thursday, February 12, 2009
Wednesday, January 21, 2009
SuARa HatIKU...
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."
Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" "InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Walaikumusalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam didalam diri.
Thursday, January 15, 2009
IkEa...

Penghujung tahun lepas.. kami sekeluarga ke IKEA... sebelum ni dok dengar je pasal IKEA.. tapi tak pernah nak pi... tapi hari tu kami teruskan gak niat kami tu... Aku kesana pun bukannya nak beli apa sangat pun.. just nak tengok je IKEA tu mcm mn....
Sampai situ mak datuk aiii.... besor nyer.... Mana nak masuk ni... nak parking kat mana ni...
Masuk je ke IKEA satu lagi problem... macam mana nak pi tgk barang2 ni.. nampak sume kaunter orang dok bayar... beratur sikit punya panjang... so kami pun pusing2 jalan perhati pengunjung yang lain.... Ooooo kena naik ke atas... samada ngan lif atau eskelator...Sampai atas... abang... mcm mn nak beli barang ni... nak kena amik je ke... tapi tengok ada satu je barang untuk satu jenis.. mcm mn ni... Oooo rupanya ini bahagian 'showroom'... tu dia... rasa macam katak bawah tempurung jer... Ikut je la pengunjung yang lain....

Best gak IKEA ni... yang paling best bila gi kat bahagian dapur... rupanya banyak benda yang kita boleh buat kt dapur kita tu... Banyak 'solution' yang aku dapat daripada showroom IKEA tu... Tapi sebab pi sana bukannya nak membeli.. so kami tengok2 je la dulu... Dah janji ngan abang nati nak dtg lagi... hehehe....
Tuesday, January 13, 2009
Bagan Lalang.... Seroooonoookkkkk.........
Kami pegi tahun lepas... 28/12/2008... masa tu hari Ahad.... Planningnyer nak la ajak adik Kashpu dan family atau anak sedara ku... Khairul dan isteri tapi kedua2 nya bekerja... so sebab memang dah plan lama nak pi.. kamu meneruskan hasrat ke Bagan Lalang...
Bertolak dalam pukul 12.30 pagi setelah siap buat bekal dan uruskan anak-anak.... Alhamdulilah dalam jam 1 jam kami sampai... Fulamak... ramainya manusia... maybe sebab hari cuti so ramailah yang berkunjung ke situ... Kami pun cari tempat parking... cari tempat 'port' dan seterusnya bersantai-santai sambil makan... Snap gambar sana sini.... so inilah hasilnya...
Monday, January 5, 2009
KErjA keRJa KeRjA....
Namun terdapat beberapa kategori orang yang datang kerja ni... mari kita lihat dalam kate
gori manakah kita berada...Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata (bunyi lebih kurang macam ni
la) :-
' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang
dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah,
sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa'
saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa
ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar
biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan
mendapat keberkatan insyallah... '
Jadi renungi lah :-
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja - Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
- Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
- Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN. - Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK
yang mencipta KRISIS. - Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA - Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita
tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, mak
a
lakukanlah.... SEGERA!!!, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita
selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya
terbaik?Fahami lah yang dibawah ini
Hadis ada mengatakan (lupa la sapa yang riwayat)
' Sekiranya engkau merasakan engkau dekat dengan ALLAH, nescaya engkau sebenarnya
jauh ....'
Maka untuk , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama
dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita
kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat
nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan
yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa
orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya... 
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur
tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Sumber : Email seorang sahabat
LAWAk oranG TreNGGAnu
Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!
Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barulah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok.
Dang dalang rama-rama yang terpilih tu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!).......
"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".
Sampuk pulak kawan yang kedue ni....
"mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".
Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate
"Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi".
Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.
"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???".
Awan nombor satu tadi pong jawap,
"Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye.... pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".
Kawang nombor due pulok menyampuk
"Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."
Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih,
"Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".
Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane. Name kawan nombor due pun dipanggil.... Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi.
5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni,
"Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".
Kawang nombor tige ni pong panik la.
"Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".
Jawap lah kawang no due tadi.
" Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"
Kawan no tige pulok jawap,
" Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"
Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."
Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?
Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampaikang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang.................
"Datuk Calvin Klien".
Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu.....
Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!
Wednesday, December 31, 2008
Teluk Cempedak....
Alhamdulillah sampai jugak kami kesana dengan ingatan suami ku yang ingat2 lupa.. maklumlah.. katanya dah dekat 7 tahun tak pi... n syukur mama pun ada... menangis-nangis mama bila tengok suamiku....lama tak jupe... jupe dulu bujang lagi... sekarang dah bawa isteri dan anak2...
Bagi aku mama seorang yang unik.... dia takde anak sendiri... tapi Allah berikan dia rezeki dengan memelihara anak orang lain sebagai anak angkat... setahu aku seorang anak india... seorang anak cina dan yg seorang lagi anak melayu... ketiga2 anak angkatnya semestinya ISLAM dan sayang sangat kat dia... itulah uniknya mama... didikannya menjadikan kasih sayang anak2 angkatnya melebihi dari sayang seorang anak kandung kepada ibubapanya...
Dan mama juga sempat memberi sedikit tip dan nasihat buat kami dalam menangani karenah anak2... terima kasih mama...
Adik baru berumur 4 bulan... abang 1 tahun 8 bulan
Antara TIP yang paling aku ingat dalam hal membeli barang mainan buat anak... katanya kalu kt kedai... bila anak2 kita nakkan sesuatu mainan... jgn cepat2 belikan... tapi bagitahu dulu yang bila kita ada duit nanti baru kita belikan (walaupun duit memang ada dan mampu nak beli)... Pastu 2/3 hari atau seminggu lepas tu kita pi beli mainan yang anak2 nak tu dan bawa balik (jgn bawa anak2 pi beli sekali) Kata mama kalu kita selalu bagi apa yang anak2 nak... nati lain kali kalu tak dapat beli anak2 meraung kat kedai buat malu kita jugak... satu lagi mama cakap... dengan buat begitu anak2 akan belajar bukan semua yang dia nak dia akan dapat jam jam tu jugak... dan satu lagi bila kita bawa balik mainan tu so anak2 takkan dok tanya kita bila nak pi beli bila nak pi beli.. tau2 la budak2 memang tak sabar kan???
Nice advice hah??
PEngHujuNG TahUN.... 2008
Adakah azam yang di buat... yang di ikrarkan telah tercapai matlamatnya??
Adakah janji seorang isteri / suami telah tertunai??
Adakah harapan seorang ayah/ibu telah dipenuhi??
Adakah cita-cita seorang pekerja untuk mencapai sesuatu telah diperolehi??
dan....
Yang paling utama...
Adakah kita sebagai seorang khalifah Allah dibumi ini telah menjalankan tanggungjawab seorang hamba dengan baik, telah menunaikan segala yang fardu dan telah meninggalkan segala yang terlarang.... telah memenuhi tanggungjawab dengan mendamaikan alam ini walau dengan usaha yang paling kecil...
Renungkan lahhhh....
Esok tahun 2009 bermula... namum tahun Islam 1430 telah pun bermula 2 hari yang lepas... semoga masih belum terlambat untukku mengucapkan Salam Maalhijrah buat semua sahabat... semoga tahun ini meninggalkan seribu memori indah dan semoga tahun baru membawa nafas segar yang menceriakan hidup kalian....
Amin....
Tuesday, December 30, 2008
TUDUNG MUSLIMAH..ANTARA HUKUM & FESYEN

di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 
